JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMANN DAN BERTAKWA


Monday, 4 November 2013

1 MUHARRAM 1435H

1 Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam dan menjadi antara tarikh penting bagi umat Islam. Pada tarikh ini terjelma satu semangat yang patut dijadikan sandaran bagi umat Islam iaitu semangat hijrah yang dikenali sebagai perayaan maal hijrah. Signifikan semangat ini ialah peristewa hijrah Rasul SAW dari Mekah ke Madinah. Pengajaran sunnah yang patut diambil oleh umat Islam ialah perubahan yang progresif dari yang baik kepada yang terbaik. Yakni perubahan yang lebih menjurus kepada keredhaan Allah. Namun, semangat hijrah tidak menghasilkan natijah yang progresif kalau tidak disertai dengan niat dan komitmen untuk melaksanakan perubahan. Yang penting ialah apakah perancangan dan tindakan yang harus diambil. Semoga umat Islam terus maju dibawah keredhaan Allah.

No comments:

Post a Comment